Thursday, May 27, 2010

Ayam Kampung Ku

Salam Sejahtera,

Kini bermula usaha untuk mengeramkan telur ayam kampung yang berpusat di Putrajaya. Habis semua ruang yang ada aku convert dengan aktiviti pertanian, pernternakan dan perikanan. Kira lengkaplah tempat aku ni. Imkubator ni telah dibeli lebih sebulan dan telah dihantar ke kampung. Namun, disebabkan kesukaran mendapatkan bekalan telur ayam kampung di sana, inkubator tu dibawa semula ke Putrajaya kerana aku dah dapat bekalan telur ayam kampung. Jadi pada 23 Mei 2010 bermula hari pertama telur ayam kampung yang dibeli di Banting sebanyak 180 biji dan 15 telur ayam kampung sendiri dari Pahang dieramkan. Jangkaan hasil adalah pada 10 Jun 2010. Jika aktiviti ini menjadi, aku akan membekalkan anak ayam kampung untuk dihantar ke Pahang bagi tujuan pembesaran dan pasaran sekitar Lembah Kelang, bergantung permintaan dan tempahan.


Ini koleksi telur yang akan dimasukkan ke tray sebelum ke inkubator


Memandangkan saiz telur tidak sekata, kerja menyusun telur di tray perlu dilakukan dengan berhati-hati.


Kelihatan 2 baris di tingkat atas adalah terlu yang dibeli dan tray ke 3 adalah telur ayam sendiri.


Ini gambar sebelum masukkan semua tray ke inkubator

Sejurus tray pertama siap, ianya terus dimasukkan ke dalam inkubator dan tugasan utk tray kedua dan seterusnya dilakukan.


Ini waris yang dah booking anak ayam. Kalau bagi mereka ni mati semua anak ayam dikejor.

Bila siap semua telur dimasukkan ke inkubator, aku test light, ok. semua berjalan dengan lancar.

Kini perkembangan telur dipantau 2 kali sehari. Pemantauan adalah dalam bentuk merekod suhu, humiditi, dan air dalam tray kecil di inkubator. Selainnya dijalankan secara automatik.

InsyaAllah, Sabtu ni 29 Mei 2010, kerja candling akan dilakukan untuk mengasingkan telur yang menjadi atau tidak.

Sekian saja buat masa ini.